Berita Hari Ini

PAS Nampak Umur PH Tak Panjang

PAS beranggapan, pelbagai konflik yang melanda dalam PH ketika ini menjadi petanda bahawa gabungan hayat kerajaan persekutuan itu tidak akan bertahan lama.

“Dengan kemelut dalam PH, pertelagahan yang timbul dalam kalangan mereka, dengan isu rakyat yang masih tidak selesai dan pelbagai kemelut kewangan negara, kita melihat nyawa PH tidak panjang,” kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Muktamar PAS ke-65 di Stadium Tertutup Sukpa, Indera Mahkota, Kuantan, hari ini.

Kata anggota parlimen Kubang Kerian itu, seluruh jentera PAS perlu bersiap sedia kerana ada kemungkinan pilihan raya umum (PRU) ke-15 diadakan lebih awal.

“Bersiaplah semua jentera parti bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya umum lebih awal daripada apa yang kita jangka,” katanya.

Tuan Ibrahim turut menyeru agar pemimpin, ahli dan penyokong PAS merapatkan hubungan dengan Allah dan memelihara amalan peribadi masing-masing.

“Jangan tinggal solat (sunat) tahajud, jangan tinggal solat (sunat) duha, jangan tinggal sedekah setiap hari dan jangan tinggalkan al-Quran.

“Mohonlah ampun daripada Allah atas kecuaian kita, kerana bimbang atas kecuaian kita menyebabkan tertangguhnya kemenangan Islam. Marilah sama-sama kita merapatkan saf kepimpinan.

“Kalau kita tidak boleh tolong jemaah, jangan susahkan jemaah. Kalau kita tak mampu tolong pemimpin, jangan menyusahkan pimpinan yang kita pilih,” tegasnya.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");