Berita Hari Ini

‘Pasukan Petugas Khas Akan Dapatkan Aset AS$5 Bilion 1MDB di Luar Negara’

SPRM akan menubuhkan sebuah pasukan petugas khas baru untuk menyiasat dan mendapatkan semula aset berkaitan 1MDB di luar negara yang dianggarkan bernilai AS$5 bilion (RM20.75 bilion) di luar negara.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki yang mengumumkan perkara itu, berkata pasukan berkenaan akan diketuai oleh Pusat Jenayah Kewangan Nasional (NFCC) dan disertai oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC).

“Kita perlu tentukan aset yang mahu kita dapatkan semula. Ini adalah aset di luar negara, bukan aset tempatan.

“[…] Saya fikir jumlah itu hampir AS$5 bilion (RM20.75 bilion).

“Aset-aset ini terdapat di beberapa negara dan semuanya berkaitan dengan 1MDB,” kata Azam ketika ditanya oleh media, sambil menambah bahawa GIACC akan mengumumkan anggota pasukan tugas khas itu tidak lama lagi.

Antara agensi yang akan terbabit bersama ialah SPRM, polis dan Jabatan Peguam Negara.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");