Perak Hari Ini

PCBD Meterai MoU Bersama Syarikat Pengedar Sistem Bangunan Perindustrian ‘Fastfix’

IPOH- PCB Development Sdn Bhd (PCBD) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai Utilizing ‘Fastfix Structural Insulated Building’ pembangunan industri di Perak dan negeri-negeri utara bersama syarikat Cycleworld Global Sdn Bhd hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak Corporation Berhad, Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor berkata, MoU tersebut adalah untuk mewujudkan kerjasama dalam bidang teknikal dan perniagaan iaitu dalam usaha untuk memaju dan mengembangkan lagi industri pembinaan rumah dan hartanah yang sedia ada di negeri Perak.

“PCBD akan menjadi pengedar utama termasuk pemasangan bagi produk ‘Fasfix Modular Industrial Building System’ iaitu produk berkualiti tinggi yang berteras kepada teknologi hijau serta mesra alam sekitar dengan kaedah pemasangan atau binaan cepat siap untuk projek-projek hartanah khususnya di negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis,” katanya

Ketua Pegawai Eksekutif Perak Corporation Berhad, Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor
Pengarah Urusan Cycleworld Global Sdn Bhd, Bennyy Choy Kian Seng

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut hadir bagi menyaksikan Majlis MoU berkenaan diantara PCB Development Sdn Bhd (PCBD) dengan syarikat Cycleworld Global Sdn Bhd bersama Pengarah Urusannya Bennyy Choy Kian Seng di Hotel Casuarina@Meru di sini, hari ini.

Selain itu kata Mohamed Shafeii, sistem modul ‘Fastfix’ berkenaan mempunyai banyak ciri kebaikan antaranya penebat dari suhu tinggi terbaik, pemasangan mudah dan cepat, penjimatan kos dan masa, penggunaan tenaga kerja yang efisien, kalis lembapan dan air, penebat api dan kebakaran, produk yang ringan untuk pengendalian oleh pekerja, boleh menampung berat binaan yang tinggi, anti anai-anai, mudah untuk penghantaran dan akhir sekali bebas dar gas Chloro Floro Carbon.

Katanya lagi, rumah contoh yang telah siap dibina menggunakan ‘Fasfix Modular Industrial Building System’ kini sedang di pemarkan di pintu masuk utama Movie Animation Park Studios (MAPS).

“Rumah contoh tersebut berkeluasan 1,000 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air telah disiapkan dalam tempoh tujuh hari dengan menggunakan sebanyak empat orang pekerja separa mahir yang diberikan latihan selama satu hari sahaja.

“Perkara tersebut membuatkan pihak kami lebih yakin untuk mengadakan kerjasama ini dengan pihak Cycleworld Global.

“Perkara ini juga telah menjadi tanggungjawab pihak kami untuk melaksanakan pembangunan hartanah selaras dengan dasar kerajaan untuk mempergiatkan perumahan berkonsepkan kampung tersusun serta lain-lain.

Dalam pada itu, beliau turut mempelawa orang ramai untuk malawat sendiri rumah contoh berkenaan yang terletak di MAPS.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");