Perak Hari Ini

Pelaburan Negeri Perak Catat Peningkatan

PASIR SALAK: Kerajaan Perak mensasarkan nilai pelaburan negeri ini akan mencatatkan peningkat pada masa hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri telah membuat perancangan untuk menarik seberapa banyak pelabur bagi melabur di Perak.

“Salah satu usaha kerajaan negeri adalah dengan menubuhkan jawatankuasa Peneroka Haram dan Usaha Haram bagi mengatasi masalah para pelabur supaya dapat masuk ke negeri ini secara segera.

“Masalah timbul apabila para pelabur telah bersedia untuk masuk dan membuka kilang, namun setelah mendapati tanah yang dicadangkan oleh Kerajaan mempunyai pengusaha-pengusaha haram, pihak mereka terpaksa mengambil sedikit masa untuk berbincang bagi memastikan peneroka berkenaan keluar dari tapak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa jamuan rumah terbuka Parti Peribumi Bersatu sekaligus bersama perasmian Pejabat Bersatu Pasir Salak di sini, hari ini.

Menurut beliau, negeri Perak telah mendapat pelabur dari pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang merupakan usaha sehingga bulan Mac 2019 yang lalu.

“Jumlah pelaburan yang dicatatkan sehingga tempoh berkenaan bernilai RM1,434 Juta yang mana RM585 Juta dari pelabur tempatan dan RM849 Juta dari pelabur luar negera.

“Perkara ini menunjukkan bahawa pelabur luar masih yakin dengan kestabilan politik di negeri Perak malah mereka berani datang dengan pelaburan yang cukup besar.

Tambah beliau, sebenarnya jumlah pelaburan yang masuk ke negeri Perak sehingga pertengahan bulan 2019 adalah lebih tinggi tetapi masih belum ada sebarang kemaskini rasmi oleh pihak MITI dan MIDA.

Katanya, jumlah ini menunjukkan bahawa negeri Perak berada di tangga ke lima dalam kalangan negeri lain.

“Saya mendapat makluman bahawa Pulau Pinang kekal berada di tangga teratas diikuti dengan negeri Kedah mendapat tangga ke dua.

“Saya yakin bahawa pada penghujung tahun ini pencapaian pelaburan negeri ini akan meningkat pada tahun hadapan dan dapat menyaingi negeri lain,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");