Perak Hari Ini

Pelajar Akan Seronok Jika Sekolah Ceria – Ahmad Faizal

PARIT: Suasana sekolah yang ceria dan guru yang mesra akan menjadikan para pelajar berasa seronok untuk datang ke sekolah, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Katanya apabila pelajar akan berasa demikian ia seterusnya akan mampu menjadikan sesebuah sekolah itu cemerlang.

Ahmad Faizal juga berkongsi pengalaman anaknya yang berasa seronok dan bersemangat untuk ke sekolah kerana rapat dengan guru di sekolah.

 

“Apabila semua guru ‘sporting’ dan mesra dengan pelajar, para pelajar ini akan mendengar cakap guru-guru mereka dan sekolah tidak mustahil untuk cemerlang.

“Saya kagum dengan sekolah yang mempunyai guru yang ‘sporting’ dan penuh dengan keceriaan. Saya selalu katakan yang kadang-kadang jika ada pelajar tidak sengaja melakukan kesalahan kecil, maafkan mereka,” katanya.

Tambahnya suasana sekolah yang ceria juga amat penting dalam membendung sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku.

Mengambil contoh kes seorang pelajar yang menikam gurunya di Selangor baru-baru ini, Ahmad Faizal berharap kejadian seumpama itu tidak berlaku di Perak.

Dalam pada itu katanya semua pihak sedar akan cabaran para guru pada masa kini berbeza jika dibandingkan pada masa dahulu.

Katanya hasil perkembangan teknologi masa kini ada kalanya membuatkan pelajar lebih ke hadapan daripada guru.

Tidak kurang juga katanya ada segelintir pelajar yang cuba memperkecil-kecilkan guru mereka kerana menganggap semua ilmu pengetahuan hanya boleh didapati menerusi Internet.

“Bersandarkan senario itu, maka saya mahu mengajak para ibu dan bapa untuk kembali bermuhasabah diri.

“Adakah pernah selama ini kita mendidik anak-anak mengenai adab berguru yang membolehkan setiap ilmu diajar, dapat diterima dengan baik hasil reda seorang guru.

“Sesungguhnya sikap rasa hormat kepada guru itu penting dan jangan sesekali meninggi diri di hadapan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Sambutan Hari Guru Peringkat Perak Tengah di SMKA Sultan Azlan Shah, di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");