Panasnya Hari Ini

Pelik, Bila PKR Tidak Bertindak Terhadap Haziq, Kata Penganalisis

PETALING JAYA: Seorang penganalisis mengingatkan bahawa keengganan PKR mendisplinkan ketua pemuda Haziq Aziz boleh menghakis sokongan kepada parti itu dan juga Pakatan Harapan (PH).

Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkata, beliau dapati adalah pelik apabila PKR tidak mengambil tindakan terhadap Haziq berhubung dakwaannya mengadakan hubungan seks dengan timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali.

“Orang ramai mungkin melihat tindakan Haziq seolah-olah dibenarkan oleh parti atau satu kumpulan berpengaruh di dalam parti,” katanya memetik laporan FMT.

“Mesej yang terhasil ialah mereka yang dilindungi akan selamat, biar betapa berat isu disiplin yang dihadapi.”

Sesetengah pemimpin PKR seperti naib presiden Zuraida Kamaruddin dan naib ketua sayap pemudanya Mohd Nazree Mohd Yunus menggesa Haziq dipecat berikutan dakwaan bahawa beliau dan Azmin adalah 2 lelaki dalam klip video yang tular sebelum itu.

PKR memberikan Haziq satu surat tunjuk sebab dan menghendaki beliau menjawabnya dalam tempoh 14 hari.

Azmi berkata, kegagalan bertindak terhadap Haziq boleh menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan penyokong PKR dan PH yang tidak bersetuju dengan perbuatannya.

“Jika tiada tindakan diambil atau jika tindakan disipilin yang lemah ke atas Haziq tidak dijelaskan, saya fikir sokongan kepada PH akan terhakis,” katanya.

Haziq merupakan ketua Pemuda PKR Santubong. Jika dipecat, beliau akan menyertai ramai bekas pemimpin dan anggota PKR lain, antaranya yang paling ternama ialah bekas menteri besar Selangor, Khalid Ibrahim.

Khalid dipecat pada 2014 selepas enggan mengosongkan kerusi menteri besar bagi memberi laluan kepada Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang pada waktu itu merupakan presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang yang baru dipilih. Istana Selangor kemudiannya melantik Azmin sebagai pengganti Khalid.

Sebelum Khalid dipecat, PKR menggantung keahlian bekas ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam dan 7 yang lain berikutan penyiasatan berhubug dakwaan bahawa mereka menipu dalam pemilihan parti dan mengkritik parti secara terbuka.

Pada 2016, bekas ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shahrin dipecat kerana “merosakkan imej parti dan menyebabkan perpecahan dalam kalangan ahli” dengan tidak mematuhi arahan parti.

Pada 2017, Pemuda PKR Kelantan berjaya mendesak parti supaya memecat ketuanya Mohd Haridz Rizal Amran.

Tahun lepas, PKR memecat ketua bahagian Pasir Salak, Noor Azwan Ramli, kerana didakwa melanggar disiplin parti pada pilihan raya umum ke-14. Enam yang lain digantung keahlian parti selama 2 tahun.

PKR mengeluarkan kenyataan bahawa ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap mana-mana ahli yang didapati salah merosakkan imej parti.

Akhir tahun lepas, PKR memecat 2 ahlinya yang terlibat dalam pergaduhan semasa pemilihan parti di Kedah dan Pulau Pinang.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");