Panasnya Hari Ini

Pemilihan Bersatu Diawalkan, Kata Mahathir

KUALA LUMPUR: Tiada penangguhan dalam pemilihan Bersatu, sebaliknya ia wajar diadakan lebih awal, kata pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.

Bercakap kepada media di Putrajaya hari ini Mahathir berkata penangguhan pemilihan itu hanya akan menjejaskan perkembangan Bersatu.

“Tak tangguh (pemilihan).

“Kita (Bersatu) berpendapat, amat penting untuk kita mengadakan pemilihan lebih awal kerana didapati pentadbiran sekarang ini berasaskan kepada pemimpin yang dilantik,” katanya.

Beliau yang juga perdana menteri berkata orang yang dilantik untuk menjalankan urusan parti kadang-kadang gagal mengembangkan Bersatu.

Terdahulu Mahathir diminta mengulas mengenai laporan portal The Malaysian Insighthari ini yang melaporkan bahawa pemilihan Bersatu akan ditangguhkan.

Alasan penangguhan itu, kata sumber, bagi memastikan semua cawangan Bersatu dapat didaftarkan secara sah untuk mengelakkan ia berdepan dengan tindakan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) lapor MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");