Perak Hari Ini

Pemuda Amanah Perak Sifatkan Pas Hina Pengundi Muda

IPOH: Pemuda Amanah Perak menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini telah menghina golongan pengundi muda yang memilih Pakatan Harapan (PH) pada Pilihanraya Umum Ke-14

Ketuanya, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim mengulas ucapan Abdul Hadi semasa Ahli Parlimen Marang itu merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia ke-59 di Kuantan, Pahang baru-baru ini.

Dalam satu laporan media, Abdul Hadi mendakwa hampir 30 peratus pengundi muda beragama Islam yang memilih PH pada PRU-14, didakwa hanya ‘mengaji’ melalui media sosial sebelum membuat pilihan menukar kerajaan, serta kurang ilmu agama sehingga gagal memahami Islam mengikut takrifan sebenar.

Menurut Hasnul, golongan pengundi muda yang telah memilih PH untuk menerajui tampuk pemerintahan negara ini adalah atas dasar kesedaran mereka akan kerosakan yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.

Katanya mereka juga sedar bahawa melalui ‘bahasa undi’ sahaja yang dapat menyelamatkan negara daripada terus terperangkap dengan masalah hutang, korupsi dan salah guna kuasa oleh Barisan Nasional (BN).

“Mereka adalah golongan yang mengikuti isu semasa dan membaca laporan-laporan dalam dan luar negara tentang skandal penyelewengan dana negara seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad) yang mengakibatkan negara berada dalam krisis kewangan. Mereka adalah golongan yang sayangkan negara,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasnul yang juga Exco Kerajaan Perak juga mempersoalkan tindakan Pas yang sedang mengambil langkah bekerjasama dengan BN atas nama ‘perpaduan ummah’ sedangkan semua agensi penting kerajaan seperti Tabung Haji, Felda, Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan lain-lain telah dirosakkan semasa pemerintahan BN.

Tambahnya tindakan Abdul Hadi yang melabel golongan pengundi muda sedemikian adalah disifatkan sebagai satu sikap tidak matang dan bertentangan dengan gagasan politik matang yang dilaung-laungkan Pas sebelum ini.

“Kami juga berharap budaya gelar menggelar, tuduh-menuduh seperti ini tidak lagi berulang pada masa hadapan.

“Suburkanlah budaya berhujah secara matang dalam meraikan perbezaan politik mengikut lunas demokrasi yang dijamin bagi setiap warganegara di negara ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");