Berita Hari Ini

Pendidikan Tapak Asas Pembangunan Negara – Anwar

PORT DICKSON: Soal pendidikan harus diberi keutamaan sekiranya pembangunan negara dan masyarakat mahu diberi tumpuan, kata Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tegas beliau, pendidikan adalah tapak asas pembangunan negara dan jika Malaysia ingin mencapai matlamat itu, mutu pendidikan negara harus terus dipertingkatkan berbanding apa yang disaksikan sekarang.

“Jika diberi pilihan, saya akan sentiasa utamakan pendidikan kerana ia adalah tapak asas (kepada pembangunan negara).

“Perlu ada pendekatan berterusan untuk cuit perasaan anak-anak supaya mereka minat dalam pelajaran. Bagaimanapun, cabaran nak kekalkan minat (pelajar) adalah (tanggungjawab) guru di sekolah.

“Hasil penyelidikan di Singapura menunjukkan jumlah pelajar yang sedikit dalam kelas tidak menjamin mutu pendidikan, sebaliknya bergantung kepada keberkesanan guru mengajar,” katanya selepas melancarkan Program PDtuition.com di sini, hari ini, lapor BH Online.

Mengulas mengenai program terbabit, beliau berkata e-tuisyen secara percuma itu dibangunkan oleh pejabat Parlimen Port Dickson dengan kerjasama Majlis Guru Besar Port Dickson dan disokong oleh Kementerian Pendidikan.

Katanya, PDtuition.com bakal memanfaatkan semua 62 sekolah merangkumi 20,000 pelajar darjah satu hingga tingkatan 5 serta 1,200 guru di Port Dickson.

“Saya syorkan warga pendidik di daerah ini untuk segera mulakan penggunaan PDtuition.com secepat mungkin walaupun tarikh peperiksaan masih jauh.

“Ini akan membolehkan pelajar sekolah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan, sekali gus menampung kekurangan waktu (belajar),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");