Perak Hari Ini

Perak Perintis Program Pemutihan Atasi Masalah Kebocoran Subsidi Baja

IPOH- Negeri Perak telah dipilih sebagai perintis projek dalam melaksanakan program pemutihan untuk kawasan luar jelapang padi dengan memilih kawasan padi di Changkat Jong.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan, Abdul Yunus Jamahri berkata program tersebut telah dirancang bagi mengatasi isu ketirisan dan penyelewengan dalam pemberian subsidi baja padi kerajaan yang turut menjadi isu utama negara dan masih berlarutan hingga kini.

Katanya, pada dua hari lalu, isu yang sama turut menjadi tajuk yang hangat diperkatakan di dada akhbar mengenai data pesawah yang tidak lengkap sehingga menyebabkan ketirisan dan penyelewengan subsidi baja padi hingga kerajaan terpaksa menanggung kerugian sehingga jutaan ringgit.

“Jabatan Pertanian Negeri Perak (DOA) telah mengambil inisiatif untuk memperkenalkan satu kaedah yang sistematik dan efisien untuk program pemutihan kawasan padi iaitu dengan menggunakan teknologi geospatial.

“Melalui semakan terperinci berdasarkan program pemutihan, punca terjadinya perkara sebeigini disebabkan daripada terdapat nombor lot baru serta isu kesukaran carian nombor lot pesawah yang terkini selain isu-isu berkaitan profil pesawah itu sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Program Pemutihan Kawasan Padi Luar Jelapang Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Nor Sam Alwi

Dalam pada itu menurut Ketua Pengarah DOA, Nor Sam Alwi, melalui program pemutihan tersebut satu prosedur operasi standard (SOP) telah dibangunkan malahan dapat digunakan ke arah program pemutihan bagi kawasan lain.

“Tujuan utamanya adalah kita dapat melibatkan data yang lebih berintegriti berkaitan dengan kawasan sawah padi di luar jelapang malah satu Malaysia dapat menggunakan SOP yang telah dibangunkan.

Tambah beliau, kelebihan sistem ini adalah melihat data berkaitan dengan keluasan dan sempadan sebenar skim pengairan, dimana kebanyakkan skim pengairan di bawah JPS dan menggunakan peta yang lama.

“Tindakan yang diambil melalui program ini adalah dengan menggunakan data manual dan teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) iaitu melalui imej satelit dan pencerapan dalam memastikan lot-lot padi berkenaan memang diusahakan.

“Kita juga akan mendapat keluasan sebenar iaitu luas fizikal lot bagi setiap kawasan sawah dimana perkara ini ada perkaitan dengan kadar baja yang diberi kerana sebelum ini data yang diberikan adalah berdasarkan peta manual,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");