Panasnya Hari Ini

Permohonan Lucuthak 41 Responden Untuk Dapatkan Wang 1MDB Difailkan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya memfailkan permohonan melucuthak di bawah Seksyen 56 Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) terhadap 41 responden bagi tujuan mendapatkan semula wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang disalah guna.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya, berkata permohonan yang difailkan dua hari lalu itu bagi mendapatkan semula wang berjumlah lebih RM270 juta yang dipercayai dipindahkan dari akaun Ambank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Kita sudah mengenal pasti 41 individu dan entiti yang akan dijadikan sebagai responden dalam permohonan ini

“Siasatan yang dilakukan kami mendapati terdapat transaksi wang dari bekas perdana menteri itu yang berjumlah RM270 juta kepada individu dan entititi termasuk bahagian-bahagian UMNO, Parti Rakyat Bersatu Sabah, MCA, PEKIDA (Pertubuhan Kebajikan Dakwah Islamiah Malaysia) dan beberapa yayasan dan syarikat,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, pendengaran terhadap permohonan yang difailkan akan dilakukan berasingan bermula 25 Jun, 10 Julai, 21 Julai dan 24 Julai ini memandangkan ia membabitkan senarai responden yang ramai.

Latheefa berkata, jumlah yang dipercayai dipindahkan dari akaun Ambank bekas Perdana Menteri itu adalah jumlah terbesar setakat ini bagi sesebuah kes membabitkan AMLA di negara ini lapor BHarian.

“UMNO adalah penerima terbesar aktiviti pengubahan wang haram ini iaitu berjumlah RM212 juta,” katanya

Selain itu beliau berkata, sejak bermula siasatan 1MDB, pihaknya sudah mengambil langkah mendapatkan semula wang 1MDB berjumlah RM919 juta yang diserahkan secara sukarela.

“Jumlah RM919 juta ini termasuk wang dan aset dari luar negara yang diperoleh dengan kerjasama Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ),” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");