Panasnya Hari Ini

Persatuan Wartawan, Jurugambar Antara Penerima Dana 1MDB – Guan Eng

CYBERJAYA: Persatuan wartawan dan jurugambar di Pulau Pinang antara pihak dikenal pasti turut menerima dana yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata selain 41 senarai didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini, terdapat beberapa lagi kesatuan, persatuan dan individu yang turut menerima sumbangan dana 1MDB berdasarkan senarai yang ada di Kementerian Kewangan.

“Saya dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed, yakin ada banyak lagi senarai pihak yang mempunyai kaitan dengan dana 1MDB. Apa yang kita lihat melalui senarai berkaitan 1MDB yang juga anak syarikat kementerian saya, senarainya panjang.

“Semua penerima yang ada atau mengetahui menerima wang 1MDB, Yayasan 1MDB atau kelab kebajikan berkaitan 1MDB diharap dapat kembalikan dana terbabit secara sukarela.. Jangan tunggu SPRM keluarkan senarai kerana jika ia berlaku, akaun akan disekat.

“Apa yang saya lihat, ada kesatuan, persatuan, individu, persatuan pemberita dan persatuan jurugambar serta surat khabar di Pulau Pinang menerima dana terbabit. Mereka ini perlu tampil dengan menyerahkan kembali dana terbabit,” katanya selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 2019 di sini, hari ini, lapor BH Online.

Yang turut hadir, Abu Kassim dan Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Seri Sabin Samitah.

Guan Eng berkata, beliau yakin mereka yang menerima dana itu tidak terbabit dengan skandal 1MDB dan perlu tampil menyerahkannya kembali bagi memudahkan semua pihak.

“Saya tahu, mereka ini tidak terbabit, tetapi hanya menerima saja. Jika terbabit sekalipun, itu cerita lain dan terpulanglah kepada siasatan SPRM.

“Kita lihat ada senarai yang komprehensif lagi termasuk nama pihak tertentu yang belum didedahkan lagi,” katanya.

Media baru-baru ini melaporkan, SPRM sudah memfailkan permohonan terhadap 41 individu dan entiti, bagi mendapatkan balik wang berjumlah lebih RM270 juta yang dikaitkan dengan dana diseleweng daripada 1MDB.

Ketua Pengarah SPRM, Latheefa Koya, dilaporkan berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 19 Jun lalu mengikut Seksyen 56, Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001, bagi mendapatkan semula wang berkenaan, yang dipercayai dipindahkan dari satu akaun AmBank milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Selain Jakel, responden itu turut membabitkan individu dan entiti lain yang didakwa SPRM menerima dana 1MDB ialah Parti Rakyat Bersatu Sabah, MCA, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Liberal Demokratik (LDP), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) serta Habib Jewels Sdn Bhd (Habib Jewels).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");