Perak Hari Ini

Pertima Bakal Anjur Kempen Didik Masyarakat Mengenai Bencana Alam

IPOH- Pertubuhan Tindakan Dan Bantuan Tragedi Alam Malaysia (Pertima) bakal menganjurkan satu kempen pendidikan kepada masyarakat mengenai pencegahan awal dari segi keselamatan semasa berlaku sesuatu bencana.

Kata Penasihat Khasnya, Datuk Ahmad Zulkhairi Mohd Ariff, kempen yang julung kali diadakan itu meliputi pengetahuan dari segi pendidikan amnya.

“Semasa program berlangsung, masyarakat akan didedahkan dengan pendidikan serta pengetahuan mengenai tindakan awal apabila berhadapan dengan bencana alam sebelum tibanya bantuan daripada jabatan atau agensi kerajaan yang terlibat,” katanya.

Menurut beliau, program berkenaan akan diadakan pada 7 Julai 2019 yang bertempat di Mydin Meru Raya dan bakal dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan Pembangunan Koperasi, Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim.

“Program yang akan berlangsung semasa kempen berkenaan adalah program derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, pertunjukan daripada PDRM, pertunjukan kebakaran daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, pertunjukan penyelamat jentera serta lain-lain dari agensi kerajaan yang lain.

“Program lain yang turut sama diadakan adalah pertandingan karaoke kepada warga emas yang berusia 50 tahun ke atas dan Pertandingan Suara Emas kepeda remaja yang berusia 12 tahun dan keatas,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa mesyuarat penyearasan dan agensi kerajaan bagi Kempen Pendidikan Kesihatan, Pameran dan Derma Darah Tragedi Alam Malaysia di Hotel Casuarina di sini, hari ini.

Dalam pada itu katanya, pihak Pertima turut meletak sasaran bagi mendapatkan seramai 300 orang penderma darah melalui program yang dijangka akan berlangsung pada jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

“Para penderma darah akan menerima sumbangan dari segi sijil penyertaan serta hamper dari pihak Pertima sendiri dimana nilainya adalah misteri,” katanya.

Selain itu meneurut beliau, pameran yang paling menarik perhatian adalah dari pihak PDRM dimana akan dibawa sedikit gimik yang akan menarik perhatian orang ramai dimana orang ramai akan menyaksikan sendiri kecekapan PDRM dalam menangkap dan mengendali penjenayah.

Ahmad Zulkhairi berkata, Pertima merupakan satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang membantu masyarakat terutama mangsa-mangsa yang menghadapi bencana serta tragedi alam.

“Slogan Pertima adalah Demi Negara Kita Bersatu yang mana dibuat bagi mencerminkan pihak kami bersedia untuk membantu kerajaan tanpa mengira fahaman politik serta perbezaan kaum,” katanya.

Sebanyak 10 agensi kerajaan yang akan terlibat dalam kempen berkenaan iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kesihatan Malaysia, Jabatan Alam Sekitar Malaysia, AADK Negeri Perak, Tabung Darah Negara Negeri Perak, Jabatan Penjara Negeri Perak, Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Perak (JPJ) serta Rela Negeri Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");