Panasnya Hari Ini

‘Pindaan Perlembagaan UMNO Cuma Babitkan Keahlian’

KUANTAN: Usul pindaan perlembagaan UMNO menerusi Perhimpunan Agung Khas parti itu pada November ini, hanya membabitkan isu keahlian dan memudahkan penyertaan dalam UMNO.

Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata ia tidak mempunyai kaitan dengan penyingkiran pemimpin berdepan kes mahkamah.

“Tak betul (dakwaan ahli dituduh rasuah disingkir). Tidak timbul isu penyingkiran sesiapa dan saya tidak tahu kenapa perkara ini berlaku kerana kita cuma nak buka pintu orang masuk UMNO.

“Jawatankuasa hanya meminta pandangan ahli di seluruh negara sebelum dibawa ke peringkat pengurusan dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) baru-baru ini.

“Kita tidak mahu jadi seperti dulu apabila ketua cawangan tak beri jadi ahli, sedangkan anak muda minat politik, jadi pindaan ini bagi memudahkan pendaftaran dan membuka ruang luas untuk keahlian baharu.

“Jika ada cadangan pindaan yang cenderung kepada penyingkiran pemimpin didakwa di mahkamah, usul itu akan digugurkan,” katanya selepas menghadiri majlis perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-65 di Stadium Tertutup SUKPA di sini, hari ini, lapor BH Online.

Mohamad berkata, UMNO milik ahli dan berhak menentukan perjalanannya, sekali gus tidak perlu wujud kekangan yang menyusahkan.

“Sekarang macam ada had masa pimpinan. Jika berumur 40 tahun dan dihadkan tiga penggal, itu tidak bagus kerana mungkin kepemimpinannya disukai ahli,” katanya.

Mengenai kerjasama UMNO dan PAS, Mohamad berkata, agenda utama kedua-dua parti adalah penyatuan ummah.

“Jawatankuasa Pemandu UMNO dan PAS akan bermesyuarat pada 12 Julai ini bagi membentangkan hasil kajian Jawatankuasa Teknikal dipengerusikan naib presiden kedua-dua parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");