Perak Hari Ini
Like

PPPNP Sasar Pelaburan Sebanyak RM1 Billion Untuk Projek Perak Agro Valley

June 20, 2019
658 Views
0 Comments
2 minutes read
PPPNP Sasar Pelaburan Sebanyak RM1 Billion Untuk Projek Perak Agro Valley

IPOH- Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak mensasarkan pelaburan sebanyak RM1 billion bagi pembangunan projek Perak Agro Valley.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, projek berkenaan akan dilaksanakan di Tanah Ladang Lenggong Agro Valley dimana tanah seluas 1,111.69 hektar atau 2,747,10 ekar telah dikenalpasti dan akan dibangunkan secara konsep integrasi yang dijalankan melalui beberapa fasa.

“Projek ini terletak di Wilayah Bukit Sapi Mukim Lenggong yang turut melibatkan beberapa agensi seperti Jabatan Pertanian, Jabatan Perikanan, Jabatan Vaterina, Pertubuhan Peladang Kawasan dan FAMA,” katanya dalam satu sidang media di PPPNP di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif PPPNP, Yahanis Yahya.

Katanya, beliau telah dimaklumkan bahawa, pihak pengurusan PPPNP menyasarkan nilai pelaburan terhadap projek tersebut sebanyak RM1 Billion selaras dengan saranan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohammed untuk menggalakkan industri pertanian serta mempelbagaikan hasil tanaman.

“Kawasan tersebut mempunyai bentuk muka bumi yang rata dan berbukit-bukit dimana pihak PPPNP telah menetapkan konsep tanaman yang berbeza-beza di setiap kawasan seperti tanaman kontan, tanaman sayur-sayuran, dusun buah-buahan dan penyediaan kawsana ternakan, kambing, lembu dan rusa,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama kata Ahmad Faizal, PPPNP telah berjaya mencatatkan pendapatan sebanyak 95.2 Juta dibandingkan dengan tempoh yang sama pada tahun lepas.

“Perkara ini telah menunjukkan peningkatan sebanyak 3.8 Juta dan saya dimaklumkan bahawa jika dibandingkan dengan bajet sehingga April 2019, PPPNP Berjaya menunjukkan pencapaian sebanyak 80 peratus.

“Walaupun hasil pengeluaran buah sawit melebihi lima peratus dari sasaran, hasil buah sawit meningkat.

“Namun kedudukan kewangan masih terkesan disebabkan kemerosotan harga minyak sawit di peringkat global,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.