Sukan Hari Ini

Rajagobal ‘Macam Tak Rela’ PKNS Jadi Kelab Pembangunan

KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih PKNS FC, Datuk K Rajagobal seakan tidak rela melihat pasukan itu dijadikan sebagai ‘feeder club’ atau kelab pembangunan kepada Selangor.

Ia susulan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari membayangkan akan melakukan penstrukturan dan penyusunan semula bola sepak di negeri itu membabitkan peringkat akar umbi hingga pasukan profesional.

Enggan mengulas lanjut ketika ditanya mengenai cadangan itu, Rajagobal yang juga bekas pemain PKNS seperti mahu meluahkan bahawa akan menjadi satu kerugian jika Semut Merah dijadikan sebagai kelab pembangunan.

Beliau berkata PKNS adalah antara kelab terbaik di negara ini dengan berjaya melahirkan beberapa pemain terbaik negara.

“Bagi isu ini, saya tidak boleh komen banyak kerana saya pun tidak tahu mengenai perasaan semua pemain. Apa yang penting kami hanya fokus kepada perlawanan.

“Saya hanya boleh katakan PKNS memiliki banyak sejarah dan legasi. Sebelum ini, saya bermain dengan legenda PKNS. Saya bekerja dengan PKNS selama 22 tahun.

“Legenda seperti Datuk Mokhtar Dahari, Datuk Santokh Singh, Datuk Soh Chin Aun, Reduan Abdullah, Rashid Hassan dan termasuk saya pernah bermain dengan pasukan ini,” katanya.

Amiruddin bagaimanapun sebelum ini menjelaskan banyak formula akan dipertimbangkan, namun usaha itu pasti memerlukan keterbukaan daripada semua pihak.

Mengulas mengenai kekalahan 2-3 pasukannya kepada Kedah, kelmarin, Rajagobal mengakui kecewa selepas PKNS gagal meraih mata di gelanggang sendiri.

“Persembahan kami malam ini lebih baik berbanding ketika menentang FELDA United. Tapi barisan pertahanan kami perlu lebih kebal dan berdisiplin sepanjang 90 minit,” katanya.-BH

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");