Berita Hari Ini

Rakyat Harap Hadiah Raya Jho Low Ditangkap

Rakyat mengharapkan hadiah Hari Raya Aidilfitri Jho Low ditangkap, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Memang rakyat mengharapkan akan ada hadiah istimewa menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun 1440 Hijrah ini, dengan tersebarnya khabar mengatakan salah seorang penyangak utama dalam skandal maha besar 1MDB, Jho Low, telahpun ditahan dan akan dibawa pulang ke tanah air untuk dihadapkan ke muka pengadilan.

“Sungguhpun hampa apabila didapati berita ini tidak benar, kita percaya dengan Ketua Polis Negara baharu Abdul Hamid Bador yang yakin bahawa Jho Low akan ditangkap tidak lama lagi, supaya rakyat boleh mendapat balik sebahagian daripada kerugian RM52 bilion yang ditanggung negara ekoran skandal 1MDB,” katanya.

Hamid kelmarin berkata mesej tular yang mendakwa Jho Low telah ditahan di China adalah tidak tepat, walaupun polis sedang berusaha ke arah itu.

Dalam perutusan Aidilfitri hari ini, Lim turut menyentuh berkaitan penambahan peruntukan hal ehwal Islam sebanyak RM100 juta dalam Belanjawan 2019 kepada RM1.2 bilion daripada RM1.1 bilion dalam Belanjawan 2018.

Menteri kewangan berkata langkah itu selaras dengan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");