Perak Hari Ini

Rakyat Masih Belum Percaya Kepimpinan PH

IPOH: Rakyat Malaysia hari ini rata –ratanya masih lagi belum berpuas hati dan percaya akan prestasi serta kekuatan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dalam mentadbir negara.

Antara yang memberi pendapat, Norli, 53, berkata jika dibandingkan kerajaan dahulu dan sekarang, apa yang saya nampak tiada beza dan kehidupan makin susah, sebagai contoh Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) atau sekarang lebih dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) semakin sedikit diberikan.

“Saya sebagai ibu tunggal, kalau dulu diberikan dalam RM 500 lebih tetapi kini apa yang saya dapat hanyalah RM100, jadi banyak perbezaan di situ dengan kenaikan elektrik lagi itu menyebabkan kita makin susah,”katanya.

Beliau berkata demikian pada satu temubual khas yang dilakukan di sekitar bandaraya Ipoh, hari ini.

Ditanya mengenai kenyataan Prof. Dr Ridhuan Tee Abdullah yang mengatakan bahawa rakyat mula kurang gemar akan Kerajaan PH dan sekarang merupakan peluang terbaik untuk Barisan Nasional (BN) mengambil semula tampuk pemerintahan kerajaan.

Menurutnya, BN akan kembali mentadbir kerana bukan sahaja dia tetapi kawan-kawan pun lebih percaya akan prestasi BN dan kalau boleh ia mestilah dipimpin oleh seorang ketua yang baru dan lebih muda kerana golongan muda ini pemikiran mereka lebih luas.

Amirul Syafiq, 22 yang merupakan seorang pelajar berkata, antara perbezaan yang beliau dapat lihat antara kerajaan PH dan BN ialah kerajaan dulu berjaya menunaikan apa yang dijanjikan tetapi sekarang segala janji dan manifesto yang mereka janjikan kepada rakyat semua tak menjadi, jadi itu yang membuatkan rakyat kecewa.

”Kita sebagai rakyat sudah memberi kepercayaan yang banyak kepada kerajaan yang baru tetapi mereka pula yang tidak tunaikan janji dengan betul dan membuatkan kita semua merasa kecewa dengan apa yang berlaku sekarang ni.

“Manifesto mereka yang mengenai ptptn, tol,minyak, subsidi dan penurunan harga barang itu tidak dikotakan dengan baik,” katanya.

Ujar Syafiq lagi, beliau bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Prof Dr Ridhuan Tee, dan pada beliau jika pentadbiran PH terus kekal sebegini BN akan mampu untuk mengambil semula apa yang mereka telah hilang.

“Jika kerajaan sekarang buat kerja dengan betul dan baik, mereka tidak perlu risau akan kepercayaan rakyat, mereka tidak perlu risau akan sokongan yang diberikan oleh rakyat jika mereka melunaskan tanggungjawab mereka dengan baik.

“Tetapi jika kerajaan sekarang terus mentadbir dengan cara mcm ini, saya rasa mungkin BN akan mengambil alih pentadbiran kerajaan sebab sebelum ini pada saya apa yang BN berikan kepada rakyat sudah memadai kepada rakyat,” katanya lagi.

Tidak adil jika dibandingkan kerajaan dahulu dan sekarang kerana PH baru setahun mentadbir negara dan mereka perlu diberikan peluang yang lebih banyak untuk memperbaiki segala hal dalam pentadbiran negara demi memastikan nasib dan suara rakyat terbela.

Ravi, 56, berkata dahulu dan sekarang tiada banyak beza, bantuan kepada rakyat masih diberikan kepada yang memerlukan.

“Semua pilihan ada pada tangan rakyat, saya taknak beri komen kerana semua ini bergantung pada rakyat untuk memilih dan pada saya mungkin kerajaan akan memberikan bantuan yang lebih kepada rakyat selepas mereka menyelesaikan hutang negara seperti yang dikatakan,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");