Berita Hari Ini

RCEP: Malaysia Kekal Pendirian Perdagangan Adil, Bebas – Azmin

BANGKOK: Malaysia kekal komited dengan pendirian untuk memastikan perdagangan yang adil dan bebas dapat dilaksanakan menerusi kerjasama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali optimis perkara tersebut dapat diputuskan dalam masa terdekat.

“Malaysia juga komited, namun kita ingin pastikan pendirian Malaysia dalam banyak perkara. Kita bukan sahaja mahu perdagangan bebas tetapi kita juga tekankan perdagangan adil, khususnya bagi negara-negara yang berskala ekonomi kecil seperti Malaysia.

“Komitmen kita untuk perdagangan bebas tidak boleh dipertikaikan tetapi sebagai negara kecil, kita juga mahu perdagangan adil diberikan penekanan dan saya yakin perkara ini boleh diputuskan pada masa terdekat,” katanya.

Mohamed Azmin berkata demikian kepada media Malaysia selepas menghadiri Mesyuarat Menteri Ekonomi ASEAN berkenaan RCEP, di sini, hari ini.

Mesyuarat itu diadakan seiring Sidang Kemuncak ASEAN Ke-34 yang sedang berlangsung di Bangkok, Thailand, selaku pengerusi tahun ini.

Ujarnya, pelbagai perkara berkaitan ekonomi serantau akan dibincangkan esok oleh para pemimpin 10 negara anggota rantau Asia Tenggara itu.

Namun, beliau percaya, RCEP tidak akan dimuktamadkan pada mesyuarat kali ini lantaran ia perlu diperkukuhkan bagi kemajuan serantau lapor Astro Awani.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");