Sukan Hari Ini

Real ‘Gembira’ Ronaldo Angkat Kaki – Kroos

LONDON: Perpindahan Cristiano Ronaldo ke Juventus dari Real Madrid memberi manfaat kepada semua pihak, tegas bekas rakan sepasukannya, Toni Kroos.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or itu membuat kejutan apabila meninggalkan gergasi Sepanyol itu pada tahun lalu selepas membantu mereka menjulang gelaran Liga Juara-Juara ketiga berturut-turut.

Penyerang bintang Portugal itu berpindah ke Serie A bagi memburu cabaran baharu dan dinamakan Pemain Terbaik Tahunan musim lalu selepas membantu pasukannya menjulang satu lagi gelaran Scudetto.

Los Blancos begitupun bergelut dengan ketiadaan Ronaldo dan bekas pengurus, Zinedine Zidane yang menyaksikan mereka menamatkan saingan La Liga di tangga ketiga dan gagal mempertahankan gelaran Eropah.

Kroos ketika ditemuramah majalah SportBild mengakui bukan sesuatu yang mengejutkan apabila Real terpaksa bergelut selepas kehilangan bintang Portugal itu tetapi menambah kedua-dua pihak memperoleh manfaat termasuk kelab gergasi Sepanyol itu kerana perpindahan itu membabitkan perjanjian yang lumayan.

“Pasti aneh jika kamu tidak merasai kehilangan seseorang seperti Cristiano Ronaldo, yang golnya menjadi penentu dalam begitu banyak perlawanan,” kata Kroos yang juga pemain kebangsaan Jerman.

“Perpindahannya, begitupun membuatkan semua pihak gembira. Dia mahukan pengalaman baharu dan Real memerlukan banyak wang.”

Begitupun, Kroos menegaskan bekas kelabnya, Bayern Munich melakukan kesilapan apabila menjualnya ke Real dengan hasratnya untuk bersara apabila usianya mencecah 33 tahun – ketika kontraknya di Santiago Bernabeu – tidak pernah berubah.

Dia meninggalkan juara Jerman itu pada 2014 selepas melengkapkan gelaran treble pada musim 2012-13. – AGENSI

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");