Sukan Hari Ini

Ronaldo Mahu Tambah Koleksi Portugal

PORTO, Portugal: Cristiano Ronaldo menekankan dia masih tiada perancangan untuk bersara daripada saingan bola sepak antarabangsa selepas membantu Portugal menjulang Liga Negara-Negara yang julung kali dianjurkan.

Ronaldo, 34, antara tonggak utama apabila gol Goncalo Guedes membantu kemenangan 1-0 Portugal ke atas Belanda di Porto awal pagi tadi.

Tetapi selepas berehat daripada perlawanan peringkat kumpulan Liga Negara-Negara, Ronaldo memainkan peranan besar dalam memastikan negaranya ke final dengan jaringan hatrik pada pusingan separuh akhir menentang Switzerland pada Rabu lalu.

Dan dengan tuan rumah menyenaraikan pemain muda yang berbakat diketuai pemain Manchester City, Bernardo Silva, yang dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan, Ronaldo masih mahu kekal berada dalam pasukan bagi membantu lebih banyak kejayaan Portugal termasuklah mempertahankan gelaran Kejuaraan Eropah tahun depan.

“Portugal pernah memenangi kejohanan utama seperti Euro 2016 dan kini Liga Negara-Negara. Ia kelihatan seperti kerja yang mudah tetapi ia adalah sukar, ia perlukan dedikasi dan kemahuan yang tinggi,” kata Ronaldo.

“Selagi saya mempunyai kekuatan dan motivasi, saya akan terus mewakili Portugal. Apabila saya bersama pasukan kebangsaan, saya rasa seperti di rumah sendiri.”- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");