Membawang Hari Ini
Like

Rumah Nash Kena Pecah Masuk

June 11, 2019
217 Views
0 Comments
1 minute read
Rumah Nash Kena Pecah Masuk

KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash terkejut apabila mendapati kediamannya di Shah Alam, Selangor, dipecah masuk pencuri sebaik pulang dari kampung, kira-kira jam 5.30 pagi, kelmarin.

Katanya, perkara itu disedari selepas mendapati keadaan rumahnya berselerak, selain terdapat kesan umpil di tiga pintu bilik, namun tiada barang berharga hilang.

“Kami baru sampai dari Muar, Johor selepas enam hari beraya di kampung. Saya terkejut sebaik sahaja pintu dibuka, keadaan rumah tidak seperti yang kami tinggalkan.

“Saya tidak dapat agak bila kejadian itu berlaku kerana kami balik kampung sehari sebelum sambutan hari raya. Saya bagaimanapun, bersyukur kerana ketika kejadian, tiada sesiapa di rumah, malah tiada barangan berharga yang dilarikan.

“Mungkin mereka takut kehadiran disedari disebabkan ayam yang ada di sekitar rumah ini bising. Apa yang penting, keluarga saya dijauhkan daripada musibah. Saya difahamkan, tiga lagi kediaman di kawasan sama dipecah masuk pada minggu pertama raya,” katanya.

Nash atau nama sebenarnya, Jamaluddin Elias, 59, membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam, Ahad lalu.

Katanya lagi, ia adalah kejadian kedua yang dialaminya sejak hampir 30 tahun menetap di kawasan perumahan itu.

Susulan kejadian, penyanyi Pada Syurga Di Wajahmu itu merancang untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengetatkan lagi sistem keselamatan di kediamannya.- BHarian

Komen & Pendapat

Comments are closed.