Berita Hari Ini

Salah Laku Kehakiman: ‘Lagi Bagus RCI Daripada Siasatan Dalaman’ – PM

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menolak saranan supaya kerajaan mengadakan siasatan dalaman untuk menyiasat salah laku kehakiman.

Ditanya mengenai saranan tersebut pada hari ini, Mahathir berkata kerajaan terikat dengan keputusan asal untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti perkara itu.

“Terdapat banyak pendapat yang berbeza, tetapi umumnya, rakyat mahukan RCI.

“Dan kami memberi maklum balas terhadap saranan idea dan pendirian daripada orang ramai,” katanya ketika sidang akhbar semasa Rumah Terbuka Hari Raya di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.

Semalam, bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram mencadangkan supaya kerajaan melalui Ketua Hakim Negara baru Tengku Maimun Tuan Mat menjalankan siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan salah laku badan kehakiman.

Gopal berkata, langkah itu adalah lebih baik berbanding menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), yang menurutnya boleh mencabul prinsip pengasingan kuasa.

“Jawatankuasa itu boleh menyiasat sama ada terdapat salah laku oleh hakim yang sedang berkhidmat atau telah bersara dan melaporkan kepada ketua hakim.

“Badan kehakiman itu, sebahagian daripada kerajaan (being an arm of the gment), ia tidak boleh diadakan RCI,” katanya, petik laporan FMT.

Walaupun mengumumkan pada bulan Februari bahawa Putrajaya akan menubuhkan RCI menyiasat salah laku kehakiman susulan dakwaan menggemparkan daripada Hakim Mahkamah Rayuan, Hamid Sultan Abu Backer, namun setakat ini suruhanjaya diraja itu masih belum menjadi kenyataan.

Diminta penjelasan lanjut mengenai perkara ini hari ini, Mahathir menjawab tidak dapat memberi tarikh penubuhan RCI tersebut.

“Saya fikir mereka akan mula bekerja tidak lama lagi,” katanya ringkas.

Sumber dari Pakatan Harapan sebelum ini memberitahu Malaysiakini terdapat pihak dalam gabungan itu, serta hakim-hakim yang bersara, yang menentang saranan penubuhan RCI itu kerana mereka risau jika “kebenaran yang tidak menyebelahi mereka” akan dapat ditemukan.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");