Sukan Hari Ini

Salah Sandaran Utama Mesir

KAHERAH: Penyerang Mesir dan Liverpool, Mohamed Salah akan membawa harapan tuan rumah Piala Negara-Negara Afrika itu di bahunya hanya selepas seminggu memenangi mahkota Eropah bersama kelabnya.

Rakyat Mesir seramai 97 juta akan menyokong Salah apabila skuad berkenaan memulakan saingan menentang Zimbabwe awal pagi esok.

Salah, 27, juga berharap dapat memadam memori buruk pada Piala Dunia tahun lalu di Russia apabila dia bermain dengan kecederaan bahu ketika Mesir tersingkir pada pusingan pertama dan tuan rumah mereka di Chechnya menggunakan mereka untuk tujuan politik.

Dia datang ke kejohanan kali ini dengan harapan tinggi, selepas menjaringkan penalti pada minit kedua yang meletakkan Liverpool di landasan memenangi Liga Juara-Juara pada final menentang Tottenham di Madrid.

Pemain Mesir itu juga menang Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak di England buat kali kedua berturut-turut walaupun kali ini 22 gol jaringannya sama dengan rakan sepasukan Liverpool, Sadio Mane dan penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang yang berkongsi anugerah berkenaan bersama semua pemain Afrika.
“Apabila Salah memegang bola, dia berbahaya,” kata pemain Tunisia, Naim Sliti kepada AFP selepas berdepan Mesir pada saingan kelayakan.
“Anda mesti menghalangnya mendapatkan bola, kerana sesuatu selalu terjadi apabila dia menerimanya.” – AFP
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");