Sukan Hari Ini

Salah Tolak Tawaran Sertai Real Dan Juventus

LONDON: Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dilaporkan menolak tawaran lumayan menyertai Real Madrid dan Juventus pada jendela perpindahan musim panas ini tetapi sedia membuat pertimbangan mengenai kontraknya sebaik tamat musim depan.

Bintang antarabangsa Mesir itu dikaitkan dengan tawaran sebanyak £150 juta (RM795 juta) untuk pindah ke Madrid namun sudah memberitahu kelab berkenaan betapa dia belum sedia meninggalkan Liverpool musim ini.

Real Madrid dan Juventus masing-masing berminat mendapatkan Salah namun dengan perkembangan terbaru itu, memaksa dua kelab kaya itu perlu menunggu tamat musim depan.

Salah dikaitkan untuk meninggalkan Anfileld biarpun baru saja membantu Liverpool memenangi Liga Juara-Juara bulan lalu.

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp sedar mengenai minat besar kelab gergasi itu terhadap Salah dan pernah berbincang dengan pegawai kanan kelab berkenaan mengenai tawaran berkenaan.

Dalam pada itu, Salah yang kini membantu Mesir untuk perlawanan antarabangsa peringkat Benua, menyatakan betapa tawaran berkenaan dilakukan pada masa yang tidak sesuai kerana dirinya belum sedia meninggalkan Liverpool masa ini memetik laporan BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");