Berita Hari Ini

Saleem, Iklim Dan Suci Dalam Debu, Antara Nama Cadangan Bagi Drawbridge Terengganu

KUALA LUMPUR: Selepas dibuka untuk tempoh percubaan sejak 2 Jun lalu, tumpuan netizen terutamanya rakyat Terengganu kini beralih kepada isu apakah nama yang paling sesuai untuk diberikan kepada ikon baharu Terengganu itu.

Pelbagai cadangan nama dilontarkan oleh orang ramai yang difikirkan paling sesuai untuk jambatan angkat pertama Asia Tenggara itu di laman sosial.

Tetapi antara yang menjadi tumpuan termasuklah cadangan untuk menamakan sempena nama Allahyarham Saleem Iklim bagi mengenang jasa lagenda raja balada itu yang banyak mengharumkan nama negeri pantai timur itu.

Sebahagian pula ada yang mencadangkan nama Jambatan Iklim atau Suci Dalam Debu.

Astro AWANI sempat mendapatkan reaksi anak kepada Allahyarham Saleem, Syafiq Farhain terhadap cadangan tersebut.

“Saya sendiri terharu dan berterima kasih kepada netizen yang masih mengingati dan menghargai jasa yang pernah diberikan oleh ayah.

“Tetapi secara peribadi saya berasakan lebih sesuai sekiranya ia diberikan bersempena dengan pemimpin Terengganu yang juga ketua agama iaitu Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

“Tetapi tentunya rakyat berhak memberi cadangan apa sahaja yang difikirkan sesuai,” jelasnya ketika bersiaran secara langsung menerusi panggilan telefon dalam segmen Komen Tengah Hari di Astro AWANI.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");