Panasnya Hari Ini

Saman SPRM Bukan Untuk Mufliskan Umno, Kata Dr M

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menyangkal dakwaan bahawa saman pelucutanhak yang difailkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Umno bertujuan memufliskan parti tersebut.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan mahu berbuat demikian, sudah lama ia (memufliskan Umno) dilakukan lapor FMT.

“Tidak, jika kita nak mufliskannya (Umno), kita dah buat sejak awal lagi.

“Kita masih benarkan bekas perdana menteri, Najib Razak bebas walaupun beliau masih ada kes mahkamah, masih dengan tagline ‘bossku’,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Minyak dan Gas Asia Ke-20 (AOGC 2019) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kritikan setiausaha veteran Umno, Mustapha Yaakob bahawa saman yang difailkan SPRM untuk melucutkan hak harta Umno adalah usaha untuk memufliskan parti itu.

Mustapha juga dilaporkan berkata, tindakan tersebut bertujuan mengalihkan pandangan rakyat daripada isu skandal seks sejenis yang membabitkan seorang menteri Kabinet.

Jumaat lalu, SPRM memfailkan permohonan pelucutanhak sivil terhadap 41 individu dan entiti untuk mendapatkan kembali wang berjumlah RM270 dikatakan milik 1MDB, yang dipindahkan ke akaun bank Najib Razak dan kemudian kepada penerima terbabit.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya berkata sejumlah RM212 juta diberikan kepada beberapa Umno negeri dan bahagian.

Permohonan itu difailkan di bawah Seksyen 56 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Dalam pada itu, Mahathir berkata Umno tetap akan dikenakan tindakan undang-undang sekiranya di dapati bersalah.

Beliau berkata, sekiranya Umno mengambil wang 1MDB, maka ia perlu memulangkannya.

“Mesti bayar balik, bukan kepada Umno. Bayar balik kepada kerajaan, pasal duit itu duit kerajaan yang dicuri oleh Najib,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");