Perak Hari Ini

Sambutan Memperingati Pejuang Perang Akan Dimasukkan Di Dalam Kalendar Pelancongan Negeri Perak

IPOH- Persatuan Wira Malaysia berbesar hati apabila acara memperingati para pejuang terdahulu bakal dimasukkan ke dalam slot kalendar pelancongan negeri Perak pada tahun hadapan.

Kata Presidennya, Ravinder Kumar Sharma, perjumpaan telah dilakukan bersama Exco Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan bagi membincangkan perkara berkenaan.

“Jika pihak kami berjaya masuk ke dalam slot di dalam kalendar pelancongan Perak, sambutan akan lebih meriah pada tahun hadapan, maka besarlah harapan saya mengenai perkara tersebut,” katanya dalam satu temual semasa acara Peringatan Tahunan Cenotaph Ipoh di hadapan stesen KTM Ipoh di sini hari ini.

Katanya, sambutan dari orang ramai sangat tidak menggalakkan dan hanya jemputan sahaja yang hadir walaupun kawasan acara adalah di kawasan terbuka dimana hadirin yang hadir sekitar 100 hingga 150 sahaja.

“Pihak kami sentiasa menjangkakan bahawa orang ramai akan turut hadir untuk mempelajari sejarah negara kita dan berjumpa dengan bekas-bekas perwira disamping ada juga tentera dari luar negara yang terlibat.

“Namun saya berasa amat terkilan kerana tiada sambutan kerana apabila para ibubapa membawa anak-anak ke sini, para veteran yang hadir akan dapat bercerita tentang sedikit sebanyak mengenai perwira yang terkorban,” katanya.

Acara berkenaan dilaksanakan bagi memperingati perwira serta para pejuang perang dari Negeri Perak yang mengorbankan nyawa semasa Perang Dunia Pertama pada 1914 hingga 1918 dan Perang Dunia Kedua pada 1939 hingga 1945.

Dalam pada itu katanya, acara berkenaan merupakan acara tahunan yang diadakan pada setiap tahun sekitar minggu kedua pada bulan Jun dan merupakan minggu tahunan perwira-perwira yang telah terkorban dan dianjurkan di Ipoh, Taiping, Sungai Siput, Batu Gajah, dan Tambun.

Menurut beliau, pada hari ini, seramai 45 orang veteran hadir antaranya 19 orang veteran dari Australia, British dan lain-lain.

“Tetamu jemputan VIP yang hadir pula terdiri daripada Duta Besar dari India, Australia, British serta New Zealand,” katanya.

Harapan beliau, persatuan Wira Malaysia dapat dikenali dan dengan cara ini disamping, masyarakat serta agensi kerajaan dapat membantu pihak mereka kerana program sebegitu dilaksanakan untuk negeri Perak malahan akan terus dapat dilaksanakan dengan lebih meriah dan besar pada tahun hadapan.

“Persatuan Wira merupakan persatuan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dan mempunyai kemahiran serta anggota yang sedikit, malahan, ahlinya bukan dari kalangan badan beruniform tetapi yang betul-betul berminat untuk mengikuti acara memperingati perwira sebegitu.

“Kami boleh jadi sesiapa sahaja tetapi setiap ahli mestilah suka berkhidmat dan itu sahaja prinsip kami.

“Terkini ahli persatuan terdiri seramai 30 hingg 35 dan kebanyakkan tidak aktif akibat faktor usia, namun kami masih lagi dalam proses mencari ahli yang lebih muda kerana untuk menganjurkan majlis sebegini, kita memerlukan lebih banyak tenaga untuk menjayakannya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");