Berita Hari Ini

Selepas Zahid, SPRM Akan Panggil Hishammuddin Berkait Isu ‘Land Swap’

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan memanggil bekas menteri pertahanan, Hishammuddin Hussein pada Ahad ini untuk membantu siasatan “land swap” atau pertukaran tanah milik Kementerian Pertahanan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam baki berkata, pihaknya mengambil keterangan bekas timbalan perdana menteri, Ahmad Zahid Hamidi berhubung kes itu semalam lapor FMT.

“Selain Zahid dan Hishammuddin, kita tidak tolak kemungkinan akan panggil bekas perdana menteri, Najib Razak juga, mungkin dia terlibat dalam hal ini. Namun, kita kena dapatkan bukti dahulu,” katanya di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Hishamuddin antara yang akan dipanggil selepas cuti Aidilfitri bagi memberikan keterangan terhadap siasatan kes urus niaga ‘land swap’ (penswastaan untuk memajukan tanah) membabitkan tanah milik Kementerian Pertahanan.

Seorang lagi individu adalah bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga pernah menjadi Menteri Pertahanan.

Februari lalu, media melaporkan Kementerian Pertahanan mendedahkan kerajaan rugi lebih RM500 juta bagi urus niaga ‘land swap’ membabitkan tanah milik kementerian itu yang dipercayai berlaku sejak 1997.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");