Berita Hari Ini

Sesak Nafas: Punca Bukan Dari Sisa Toksik Sungai Kim Kim

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Dr. Sahruddin Jamal menafikan pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang adalah disebabkan oleh insiden pencemaran sisa toksik di Sungai Kim Kim Mac lalu.

Shahrudin berkata, kesemua bahan sisa toksik yang dibersihkan daripada Sungai Kim Kim telah dilupuskan sepenuhnya oleh kontraktor yang telah dilantik bagi mengendalikan sisa tersebut.

“Hasil siasatan mendapati kesemua bahan sisa toksik hasil pembersihan di Sungai Kim Kim Mac lalu telahpun dilupuskan menggunakan alat pembakar (incinerator).

“Justeru pencemaran bau ini merupakan satu perkara yang baharu dengan penemuan bahan kimia yang berlainan daripada ditemui di Sungai Kim Kim,” katanya pada sidang akhbar di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Sahruddin berkata, sehingga kini pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 30 kilang kimia yang disyaki menjadi penyebab kepada pencemaran bau yang menjejaskan penduduk di kawasan ini.

“Kita telah mengecilkan skop siasatan kepada 30 kilang kimia di sekitar kawasan ini. Siasatan akan dijalankan keatas semua kilang ini yang disyaki menjadi punca kepada pencemaran ini,” jelasnya.

Sahruddin bagaimanapun enggan menyatakan sebatian kimia yang menjadi sebab kepada pencemaran ini sebaliknya perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat oleh Jabatan Kimia dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim ( MESTECC).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");