Panasnya Hari Ini

Setiausaha Politik Azmin Buat Laporan Polis

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Hilman Idham hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran satu video lucah yang mengaitkan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan seorang lelaki dikenali Haziq Aziz.

Laporan itu dibuat Hilman yang juga Timbalan Ketua AMK Pusat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya di sini hari ini.

Hilman berkata, laporan itu dibuat bagi menggesa polis melakukan siasatan terhadap penularan video berkenaan.

“Satu laporan sudah dibuat kira-kira jam 10.38 pagi tadi dan sudah diterima polis,” katanya kepada pemberita di pekarangan luar IPD di sini.

Beliau juga selepas ini dijangka membuat laporan qazaf (tuduhan berzina) di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Putrajaya.

Semalam Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan menafikan sekeras-kerasnya pembabitannya dalam sebuah video lucah yang tersebar sejak semalam dan menyifatkannya sebagai satu tuduhan jahat dan kejam.

Timbalan Presiden PKR itu menegaskan, beliau yakin siri fitnah itu adalah komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian serta menjatuhkan dan memusnahkan karier politiknya.

Pada awal pagi semalam, seorang individu mendakwa terbabit sama dalam video itu, dilaporkan tampil membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terbabit dalam aksi berkenaan.

Mengaku namanya sebagai Haziq Aziz mendakwa video itu dirakam pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");