Sukan Hari Ini

Sidang Media Khas Persaraan Chong Wei Esok?

KUALA LUMPUR: Esok mungkin menjadi detik terakhir Datuk Lee Chong Wei bergelar sebagai atlet negara selepas jaguh badminton dunia itu dijangka mengumumkan persaraannya.

Ia susulan satu sidang media khas akan diadakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria di pejabat Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, tengahari esok.

Walaupun belum dinyatakan dengan jelas tujuan sidang media berkenaan, namun kehadiran dua tokoh penting sukan negara dalam satu majlis yang sama itu seolah-olah membayangkan ada pengumuman besar.

Malah, jemputan yang dibuat BAM itu hadir di saat spekulasi membabitkan masa depan Chong Wei hangat diperkatakan selepas 19 tahun menabur bakti buat negara.

ADVERTISEMENT

Terdahulu khabar angin mula bertiup kencang yang mengatakan pemain berusia 37 tahun itu akan mengumumkan persaraan minggu depan menerusi pendedahan dibuat BH Sukan.

Spekulasi semakin hangat apabila Chong Wei dikatakan sudah sebulan tidak menjalani latihan sejak mengambil cuti pada hujung April lalu bagi menjalani pemeriksaan susulan di Taiwan.

Ia bagi mencegah kanser hidung yang dihadapinya sebelum ini untuk mengelakkan ia menyerang kembali selepas mendapat nasihat doktor yang merawatnya.

Bagaimanapun, pemenang pingat perak Olimpik tiga kali itu menegaskan pengumuman hanya akan dibuat selepas mengadakan pertemuan dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan barisan jurulatih.

Antara pencapaian besar Chong Wei adalah pingat perak temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.- BHarian

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");