Sukan Hari Ini

Silap Spurs Turunkan Kane?

MENJELANG aksi final Liga Juara-Juara menentang Liverpool awal pagi tadi, bos Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino terpaksa berdepan satu daripada dilema klasik dalam pengurusan.

Sama ada menurunkan Harry Kane pada perlawanan terbesar dalam sejarah kelab itu sesudah berehat hampir dua bulan atau meninggalkan penyerang utama kelab itu di bangku simpanan dan bermain dengan Lucas Moura – wira mereka di Amsterdam.

Jelas bukan saja hatrik sensasi babak kedua Moura menentang Ajax Amsterdam membantu Tottenham layak ke final sulung Liga Juara-Juara, namun ia juga memanjangkan musim mereka sekali gus membantu Kane pulih daripada kecederaan ligamen buku lali.

Menurut Harian Metro, percakapan sebelum perlawanan didominasi keputusan yang perlu dibuat Pochettino.

Adakah beliau akan menurunkan kapten England itu, penjaring 24 gol dalam semua pertandingan buat Tottenham musim ini, termasuk lima dalam Liga Juara-Juara, dalam kesebelasan utama?

Atau beliau menggunakannya sebagai Pelan B dari bangku simpanan dengan Moura diberikan peluang susulan keperwiraannya di Amsterdam?

Pochettino memilih Kane, jelas yakin reputasi pemain itu sebagai seorang penyerang terbilang dunia akan memberikan pasukannya kelebihan psikologi.

Sayangnya buat penyokong Spurs, Kane kelihatan longlai pada babak pertama dan tidak mengancam kubu Liverpool yang dikemudi pertahanan Belanda, Virgil van Dijk.

Kane, yang mengalami kecederaan buku lali pada suku akhir pertama menentang Manchester City April lalu, gagal melakukan percubaan tepat ke arah gol hinggalah masa kecederaan, ketika Tottenham ketinggalan 0-2 dan di ambang kekalahan.

Pochettino berkata, keputusannya adalah “mengenai analisis dan pemikiran selepas mengkaji semua maklumat.”

“Ia bukannya mengenai Harry Kane, atau Moura atau Son Heung Min,” kata Pochettino apabila ditanya mengenai persembahan Kane.

“Ia satu keputusan dan selepas sebulan setengah (berehat) dia menamatkan perlawanan itu dalam keadaan segar.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");