Perak Hari Ini

Sistem Sekolah Venakular Tiada Dalam Peruntukan Perlembagaan- Naib Presiden PUTRA

IPOH- Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) membidas semula kenyataan Naib Pengerusi DAP negeri Perak, Dr. Abdul Aziz Bari bahawa sistem sekolah venakular sebenarnya tidak terdapat didalam peruntukan Perlembagaan negara.

Terdahulu, Aziz Bari yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar telah mengeluarkan kenyataan bahawa desakan bagi menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini adalah bertentangan dengan kehendak serta peruntukan dalam Perlembagaan.

Naib Presiden PUTRA, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, kenyataan yang dihujahkan oleh Aziz Bari tidak merujuk kepada mana-mana peruntukan Perlembagaan Persekutuan tetapi hanya bersandarkan kepada faktor sejarah bahawa Sekolah vernakular ini telah wujud sejak 60 tahun lepas dan sepatutnya di kekalkan.

“Merujuk kepada Perkara 152 (1)(a) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seperti berikut iaitu berdasarkan Perkara 152(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen dengan syarat tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain.

“Perkara 152(1) (a) pula membawa maksud bahawa Melayu adalah bahasa kebangsaan Persekutuan dan apa-apa bahasa lain sekadar boleh di gunakan untuk tujuan mengajar atau belajar asalkan ianya bukan atas tujuan “maksud rasmi” Kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan.

PUTRA juga mengemukakan beberapa nas-nas perundangan bagi menyokong hujah bahawa Sekolah Vernakular adalah tidak berpelembagaan.

Selain itu katanya, hujahan Aziz Bari yang bersandarkan fakta sejarah semata-mata tidak boleh menafikan fakta Perlembagaan dimana wujudnya satu “institusi yang Haram di sisi Perlembagaan”.

“Sejak 60 tahun dahulu institusi bertaraf haram ini telah di tubuhkan dan di biaya oleh Kerajaan Malaysia yang mana tidak perlu di teruskan keharamannya untuk 60 tahun akan datang.

“Pihak PUTRA juga percaya bahawa adalah tidak sah bagi kerajaan persekutuan memperuntukkan apa-apa bantuan kewangan kepada sekolah vernakular ini,” katanya.

Beliau turut menyokong desakan wakil Dewan Muslimat PAS, Salamiah Md Noor yang menggesa Kerajaan PH menghapuskan system Pendidikan vernacular kerana ianya tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

“Terdapat falsafah tersirat mengapa bapa-bapa kemerdekaan kita melalui Suruhanjaya Reid mengekalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan semata-mata atas sebab perpaduan antara rakyat berbilang kaum di negara kita.

“Kami menyeru kepada Kerajaan PH yang melaungkan prinsip ‘Rule of Law’ agar berpegang teguh kepada apa yang di bolehkan dan apa yang di haramkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan janganlah di jadikan sebagai satu lagi episod kegagalan kerajaan menunaikan janji kepada rakyat,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");