Sukan Hari Ini

‘Sukar Buat De Ligt Sertai Man Utd’

LONDON: Pertahanan bintang Ajax, Matthijs de Ligt berkemungkinan besar tidak akan menyertai Manchester United susulan kegagalan kelab Inggeris itu bersaing di kancah Liga Juara-Juara musim depan, kata legenda Belanda, Ruud Gullit.

Memetik laporan BH Online, De Ligt, 19, menikmati musim menakjubkan bersama kelab dan skuad kebangsaan apabila menggalas tugas kapten untuk Ajax yang mara separuh akhir Liga Juara-Juara dan membantu Belanda beraksi di final Liga Negara-Negara Eropah.

Jodohnya bersama Ajax dijangka tidak lama dengan beberapa kelab ternama dunia termasuk United, juara Sepanyol, Barcelona dan juara Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

Barca dianggap sebagai pilihan utama selepas sudah pun menyambar rakan sepasukannya di Ajax dan Belanda, Frenkie de Jong sebelum kempen musim ini berakhir tetapi United kendalian Ole Gunnar Solskjaer dilaporkan sedang berusaha keras untuk mendapatkan De Ligt.

Tetapi ketika Barca dan PSG memberinya peluang untuk bermain di kancah elit bola sepak Eropah, United terpaksa bermain di Liga Europa selepas menamatkan saingan Liga Perdana di tangga keenam, musim lalu.

Justeru bagi Gullit yang pernah bermain bersama Chelsea, ketiadaan aksi di Liga Juara-Juara boleh menghalang De Ligt daripada menyertai Red Devils musim panas ini.

“Saya tidak fikir ia adalah Manchester United, mereka tidak bermain di Liga Juara-Juara,” kata Gullit. “Saya fikir dia mahu bermain di Liga Juara-Juara, jadi ia satu perkara yang malang buat United.”

Gullit dalam pada itu berharap De Ligt membuat keputusan yang tepat.

“Saya fikir banyak pasukan akan berdepan kesukaran. Ramai di antara mereka (pasukan besar) berkemungkinan berdepan penggantungan (UEFA) jadi potensinya masih ada. Saya berharap dia akan membuat keputusan yang tepat untuk dirinya.”

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");