Perak Hari Ini

Tak Perlu Dengar Khabar Angin

IPOH- Pakatan Harapan (PH) negeri Perak bersama barisan kepimpinannya bertekad untuk sentiasa merencanakan pembangunan negeri ini bagi meningkatkan kemajuan pada masa akan datang.

Pengerusinya yang juga Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata dengan kesatuan yang begitu kukuh diantara mereka, kerajaan negeri akan sentiasa memastikan rakyatnya dapat menikmati limpahan ekonomi seperti yang telah dilakukan sejak setahun lalu.

“Walaupun terdapat pelbagai khabar angin yang entah dari mana, namun kami tetap bersatu hati dalam apa jua program begitu juga dalam merencana dalam apa jua polisi kerajaan negeri serta perancangan yang dibuat.

“Rakyat tak perlu dengar khabar angin tersebut,” tegas beliau.

Beliau berkata demikian dalam semasa berlangsungnya rmah terbuka Pakatan Harapan di Padang Meru Permai, di sini, malam ini.

Katanya, beliau berasa begitu gembira kerana dapat menyambut perayaan dalam rumah terbuka seperti hari ini bersama-sama rakyat di negeri ini.

Rumah terbuka tersebut turut diserikan dengan persembahan dari artis tanah air seperi Datik Jamal Abdillah serta Zizie Kirana.

Dianggarkan seramai 10,000 pengunjung telah hadir ke rumah terbuka berkenaan yang dianjurkan oleh Parti Peribumi Bersatu Negeri Perak dimana antara juadah yang disediakan seperti Lemang, rendang ayam , rendang daging, Nasi Minyak, kuewtiau, laksa, satay dan sebagainya.

Hadir sama, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Nga Kor Ming, Speaker Dewan in Undangan Negeri Perak Ngeh Koo Ham, Pengerusi Amanah negeri, Asmuni Awi serta Timbalan Pengerusi PKR negeri, M. A Tinagaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");