Berita Hari Ini

Takrifan Penagih Dadah Bukan Penjenayah Adalah Satu Langkah Tepat – Dr Afif

GEORGE TOWN: Saranan Kerajaan Pusat menerusi Kementerian Kesihatan untuk tidak melihat penagih dadah sebagai penjenayah adalah satu langkah yang tepat pada masanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan Dr Afif Bahardin berkata langkah itu juga bertepatan dengan semangat reformasi Kerajaan Pakatan Harapan dalam membina sebuah Malaysia Baharu yang lebih holistik dan inklusif di setiap lapisan masyarakat.

“Saya juga berpendapat metod pengurusan pencegahan dan pembasmian dadah selama ini sudah tidak sesuai digunapakai memandangkan ianya gagal membanteras gejala penyalahgunaan dadah yang bukan saja bertambah buruk tetapi semakin parah apabila ramai mereka yang terjebak adalah dalam kalangan anak muda,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Katanya kolaborasi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Kementerian Kesihatan juga dilihat sebagai satu usaha dan langkah yang harus dipuji dan disokong oleh rakyat Malaysia.

Sehubungan itu, Dr Afif yang juga Pengerusi Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Pulau Pinang menyokong penuh langkah itu yang bersesuaian dengan era Malaysia Baharu dan sekali gus membantu usaha kerajaan dalam mencari solusi terbaik membanteras musuh nombor satu negara.

Pada Isnin (24 Jun), Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penagih dadah di negara ini kini tidak lagi dilihat sebagai pesalah jenayah yang perlu dihukum sebaliknya pesakit yang memerlukan rawatan dan pemulihan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");