Berita Hari Ini

Tanya Orang Itu, Kata Najib Sambil Tersenyum

Najib Razak enggan mengulas lanjut mengenai video seks yangberkata beliau langsung ‘tidak bertanggungjawab” berhubung dengan skandal video seks baru-baru ini yang didakwa membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin Ali.

“Kenapa tanya saya? Jangan tanya saya.

“Tanya orang yang berkenaan, saya langsung tidak bertanggungjawab,” katanya sambil tersenyum ketika wartawan menemuinya semasa beliau meninggalkan pekarangan mahkamah di Kuala Lumpur.

Najib, menghadapi tiga tuduhan pecah amanah jenayah, satu tuduhan salah guna kedudukan dan tiga tuduhan melakukan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Azmin sebelum itu menafikan dirinya terbabit dalam video lucah berkenaan yang menurutnya sebagai tuduhan jahat dan kejam yang bertujuan memusnahkan karier politiknya.

Timbalan presiden PKR itu berkata, beliau akan menggunakan segala kaedah undang-undang yang sah untuk mendedahkan mereka yang turut terlibat dalam kerja jahat ini.

Malaysiakini, semalam melaporkan sebuah video seks atas ranjang telah diedarkan secara sistematik apabila wartawan dan ahli PKR dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp dengan nombor telefon yang tidak diketahui dan klip video tersebut dikongsikan di situ.

Video seks, dalam tiga bahagian itu, kemudiannya dikongsi bersama dengan dokumen-dokumen bank yang konon menunjukkan pembayaran kepada Azmin.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");