Berita Hari Ini

Tempoh Penggantungan KP YaPEIM Dilanjutkan Sebulan Lagi

KUALA LUMPUR : Tempoh penggantungan Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Datuk Abibullah Samsudin dilanjutkan sebulan lagi bagi membolehkan siasatan dalaman selesai.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah YaPEIM, Datuk Dr Mohd Daud Bakar, berkata Lembaga Pemegang Amanah (LPA) YaPEIM menerusi satu kenyataan memaklumkan, penggantungan yang sepatutnya berakhir 12 Jun lalu, dilanjutkan sehingga 12 Julai depan.

“Penggantungan tugas Abibullah dilanjutkan bagi membolehkan YaPElM menyiasat kes itu (membabitkan Abibullah) secara telus, adil dan saksama serta melindungi kepentingan kedua-dua pihak terbabit sebelum sebarang keputusan diambil.

“Tindakan menggantung tugas atau perkhidmatan oleh majikan adalah amalan biasa bagi tujuan siasatan salah laku untuk tangani masalah tatatertib dan disiplin serius seperti mana diperuntukkan di bawah seksyen 14(2) Akta Pekerjaan 1955,” katanya dalam kenyataan, lapor BH Online.

Beliau berkata, penugasan Pengarah Pengurusan Strategik, Parihah Hasan yang dilantik sebagai pemangku Ketua Pengarah YaPEIM sebelum ini turut dilanjutkan.

Sebelum ini, Abibullah digantung tugas untuk sementara, berkuat kuasa 21 Mei lalu, bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan ke atasnya berhubung dakwaan salah laku.

Difahamkan, Abibullah digantung tugas kerana didakwa terbabit aktiviti kempen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, membuat laporan polis berhubung penularan video seorang lelaki didakwa Abibullah mempengaruhi kakitangan YaPEIM pada PRU lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");