Panasnya Hari Ini

Tetap Bantah Jika Kerajaan Benarkan Operasi Lynas

KUANTAN – Ahli Parlimen Bentong dari DAP, Wong Tack tetap menentang hasrat kerajaan sekiranya terus membenarkan Lynas Sdn Bhd (Lynas) beroperasi di negara ini.

Wong Tack berkata, pihaknya tidak akan berkompromi terhadap kilang memproses nadir bumi terbabit kerana itu merupakan keputusan rakyat.

Menurutnya, selama enam tahun Lynas beroperasi, kilang itu tidak memenuhi kriteria yang diperlukan dalam memastikan kesejahteraan, kesihatan dan alam sekitar.“Ini merupakan aspirasi rakyat Pahang khususnya penduduk di Kuantan yang tidak mahu Lynas berada di negeri ini kerana sisa pepejal yang disimpan boleh memudaratkan

“Kita tetap akan menentang dan tidak akan langsung berkompromi dengan mereka (Lynas). Ini perjanjian kita pada rakyat dan mereka juga tidak mematuhi syarat undang-undang yang ditetapkan kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, Wong Tack berkata, Lynas boleh memperbaharui lesennya jika ia mematuhi undang-undang.Menurutnya, kerajaan sememangnya mengambil serius isu Kilang Lynas di Gebeng dan Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin akan ke Australia bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan baharu negara tersebut yang baru tamat pilihan raya umum lapor Sinar Harian.

“Saya yakin kerajaan tidak akan meneruskan Lynas begitu sahaja kerana perbincangan masih dijalankan disebabkan Lynas telah melanggar undang-undang negara kita.

“Dalam perjanjian, sepatutnya sisa buangan ‘Neutralization Underflow Residue’ (NUF) dibawa pulang ke Australia.

“Namun mereka menyimpan sebanyak 1.13 juta tan sisa tersebut di tepi kilang. Kalau tahu jadi begini pasti kerajaan tidak membenarkan kilang Lynas dibina di Malaysia,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");