Perak Hari Ini

Tiada Pertukaran Exco: MB Perak

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa tiada pertukaran barisan exco bagi negeri itu.

Jelas beliau, kesemua barisan exco yang dilantik sebelum ini telah menjalankan tugas yang baik dan mampu bekerjasama dengan baik.

“Saya gembira dan berpuashati dengan barisan exco sekarang, tiada pertukaran exco baru sebaliknya saya akan kekalkan barisan kepimpinan lama.

“Barisan exco sedia ada telah bekerja dengan baik dalam satu pasukan, mungkin ada masalah tertentu tapi itu perkara biasa,” katanya kepada Peraktoday di selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah PPPNP, disini hari ini.

Sebelum ini, wujud khabar angin yang menyatakan dua exco kerajaan negeri akan digugurkan iaitu Dr. Abdul Aziz Bari dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari.

Khabarnya kedua-dua exco berkenaan akan digantikan dengan ADUN Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin dan ADUN Hulu Kinta, Muhammad Arafat Varisai Mahamad.

Ahmad Faizal bagaimanapun menafikan perkara itu dan sebaliknya memaklumkan bahawa beliau sedang menunggu pekenan Sultan Perak untuk Majlis Angkat Sumpah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");