Berita Hari Ini

Tidak Yakin Punca B40 Enggan Jadi Usahawan

JASIN: Tidak yakin dengan kebolehan diri sendiri adalah antara punca menyebabkan golongan berpendapatan rendah (B40) enggan membabitkan diri dalam bidang keusahawanan, kata Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof.

Mohd Redzuan berkata, ini kerana golongan itu sering bimbang mereka akan gagal dalam menyaingi pasaran dengan usahawan lain pada peringkat awal perniagaan.

“Kita sentiasa menggalakkan orang Melayu, terutama dalam kalangan B40, supaya lebih berani ke depan dan kreatif kerana banyak peluang dan ruang disediakan untuk membantu mereka memulakan perniagaan.

“Tapi saya lihat hari ini, yang datang lebih banyak hanya meminta wang, sedangkan banyak kaedah permulaan perniagaan yang telah diaturkan oleh kementerian,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ihya Ramadan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) bersama Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) Jasin di Masjid Al-Ghaffar, di sini semalam, lapor BH Online.

Turut hadir, Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Muhammad Zahid Md Arip.

Mohd Redzuan yang juga anggota parlimen Alor Gajah berkata selain tidak yakin dengan kemampuan diri, golongan B40 juga dilihat kurang mempunyai maklumat berhubung kaedah untuk memulakan perniagaan.

Dalam pada itu, beliau berkata selain golongan B40, kumpulan anak muda juga perlu berani mengemukakan cadangan kepada kementerian, sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk membabitkan diri dalam bidang keusahawanan.

Menurutnya kerajaan sentiasa komited dalam mencari ruang agar golongan berkenaan tidak terpinggir dan ketinggalan dari segi pendapatan, seiring sasaran menjadi negara usahawan 2020.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");