Menurut sumber, beruang itu ditinggalkan sejak dua hari lalu disebabkan penjaganya pulang ke kampung sempena Aidilfitiri.

“Jiran-jiran di kondominum ini hairan dengan bunyi pelik sejak dua hari lalu sehinggalah haiwan itu mengeluarkan kepalanya dari sebuah tingkap,” kata sumber itu.

Beliau menambah, pada awalnya jiran-jiran masih menganggap ada orang membuat prank dengan memakai custom beruang.

“Selepas haiwan ini mengeluarkan bunyi seolah-olah meminta pertolongan barulah kami tahu itu benar-benar beruang,” ujar sumber itu lagi.

Dia berkata, nasib baik haiwan itu sudah selamat dan dijaga oleh pihak yang sepatutnya.

Beruang matahari merupakan spesis yang dilindungi sepenuhnya dibawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 Kosmo Online.