Perak Hari Ini

Tingkatkan Pendidikan Larangan Merokok Di Premis Makanan Ke Luar Bandar

GOPENG: Keputusan Kementerian Kesihatan untuk melanjutkan tempoh penguatkuasaan pendidikan bagi pewartaan kawasan larangan merokok di premis makanan sehingga akhir tahun ini adalah sebagai langkah meluaskan pemahaman terhadap peraturan tersebut ke kawasan luar bandar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata pemahaman masyarakat khususnya di kawasan bandar terhadap peraturan baharu itu berada tahap yang baik.

Malah katanya kadar pematuhan peraturan tersebut di premis-premis makanan menjangkau sehingga ke 80 peratus,

Namun ujarnya di sesetengah kawasan pendalaman atau di luar bandar tahap pematuhan larangan merokok di kawasan yang digazetkan masih lagi berada pada tahap rendah.

“Ada beberapa tempat di kawasan luar bandar, pematuhan peraturan agak rendah. Mungkin disebabkan tahap pendidkan kesedaran peraturan ini masih belum sampai ke kawasan itu,

“Jadi, kita melanjutkan jangka masa penguatkuasaan peraturan ini untuk tujuan pendidkan, supaya kita dapat beri ruang pendidikan yang lebih kepada mereka yang masih belim sedar akan peraturan ini,” katanya.

Walau bagaimanapun katanya secara umum kebanyakan perokok kini mula faham akan keperluan untuk tidak merokok di dalam kawasan premis makanan.

Pada masa sama, Boon Chye juga tidak menafikan bahawa kerajaan ada mendapat beberapa segelintir cabaran dalam usaha mahu mengurangkan jumlah perokok di negara ini.

Jelasnya kerajaan akan sentiasa meneruskan usaha tersebut supaya masyarakat sedar akan keperluan mematuhi peraturan larangan merokok di semua jenis premis makanan di negara ini.

Sementara itu katanya Kementerian Kesihatan sedang giat melakukan pemantauan terhadap aktiviti penjualan dan prmosi rokok elektronik kepada pelajar sekolah khsusnya yang dijual menerusi platform atas talian.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Gopeng, di sini, hari ini.

Dalam sidang media sama, Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata jalan Gopeng-Kampar sepanjang 22 kilometer akan dinaiktaraf dalam masa terdekat.

Jelasnya Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan sebanyak RM180,000 kepada kawasanya dan RM200,000 bagi kawasan Parlimen Kampar untuk kerja-kerja berkenaan yang dijangka bermula pada Julai.

“Peruntukan turut melibatkan peruntukan untuk kerja-kerja penyelenggaraan lampu jalan yang rosak dan mengecat semula garisan jalan yang pudar.

“Masalah ini sudah berlarutan lebih 10 tahun. Ada beberapa bahagian di sepanjang jalan ini yang gelap dan membahayakan pengguna jalan raya.

“Dengan usaha ini kita harap ianya akan dapat memberikan keselesaan dann keselamatan kepada mereka,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");