Sukan Hari Ini

Tok Gajah Senarai Skuad Utama Temu Perak

KUANTAN: Pahang kembali menyenaraikan kesebelasan terbaik apabila berdepan Perak pada aksi separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, malam esok.

Dalam saingan Liga Super, Selasa lalu, skuad Tok Gajah yang hanya membariskan skuad simpanan kecundang 2-5 di tangan Selangor.

Justeru, skuad kendalian Dollah Salleh yang juga juara bertahan sedia untuk mengecewakan The Bos Gaurus buat kali kedua selepas menang 3-1 pada aksi pertama di Stadium Darul Makmur, minggu lalu.

“Saya merehatkan skuad utama dalam saingan Liga Super Selasa lalu kerana mahu memastikan mereka (kesebelasan utama) berada dalam kecergasan terbaik.

“Kembalinya mereka pada perlawanan timbal balik di Ipoh malam esok, diharap membantu misi kami layak ke final musim ini.

“Dengan kesungguhan dan semangat juang tinggi dipersembahkan pada aksi pertama di Kuantan minggu lalu, saya percaya pemain dapat tampil dengan aksi mantap,” kata Dollah.

Dollah yang juga bekas pemain kebangsaan dijangka kembali mempertaruhkan gandingan Dickson Nwakaeme dan Lazarus Kaimbi bagi memperkuatkan jentera serangan bagi perlawanan berkenaan.

Kehadiran Nwakaeme dinantikan kerana penyerang Nigeria itu hanya beraksi 30 minit selepas mengalami kecederaan ketika aksi di Kuantan yang menjejaskan percaturan pasukan.

“Saya harap Nwakaeme dapat memberi tekanan kepada pertahanan tuan rumah dan melakukan jaringan bersama Kaimbi. Pada masa sama, jentera tengah dan pertahanan juga tidak boleh melakukan kesilapan bagi mengelak dihukum Perak,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");