Panasnya Hari Ini

‘Umno Terima RM212j Dana Berkait 1MDB’: Bersatu Akan Adu Pada ROS

Pemuda Bersatu (Armada) akan memfailkan aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) terhadap Umno kerana menerima RM212 juta daripada dana berkait 1MDB.

Hal ini ketika desas-desus mengatakan saman pelucutan hak SPRM untuk menyita RM212 juta daripada Umno sebagai rancangan untuk membubarkan parti tersebut.

Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata aduan berkenaan dilakukan supaya tindakan tegas boleh diambil terhadap Umno.

“Jika dahulu, parti Bersatu terpaksa dibubarkan oleh ROS pada saat akhir sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kerana isu teknikal.

“Malah, Bersatu sama sekali tidak dibenarkan untuk menggunakan nama dan logo parti untuk bertanding dalam PRU14.

“Maka, atas prinsip kedaulatan undang-undang (?rule of law), ROS perlu menjatuhkan hukuman yang tegas kepada Umno yang menerima wang haram RM212 Juta yang juga telah diperakui oleh SPRM.

“Tindakan parti Umno menyalah guna wang milik 1MDB ini seharusnya dikenakan tindakan undang-undang yang tegas dan keras,” katanya dalam suatu kenyataan hari ini.-Mkini

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");