Berita Hari Ini

Usul Pinda Had Umur Layak Mengundi Dibentang Bulan Depan

KUCHING: Usul meminda Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan warganegara berumur 18 tahun layak mengundi akan dibentangkan di Parlimen, bulan depan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun, berkata difahamkan usul itu dijangka dibentangkan pada sesi persidangan 4 Julai ini.

“Kita bersama-sama menunggu hasil pembentangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melancarkan Program Pendidikan Pengundi di Politeknik Kuching, di sini, hari ini.

Usul untuk menurunkan had umur mengundi daripada 21 tahun kepada 18 tahun dijangka akan dibentangkan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Mengenai pendaftaran pengundi baharu, Azhar berkata, sehingga suku pertama tahun ini seramai 3.8 juta yang layak mengundi didapati masih belum mendaftar sebagai pengundi.

Sehubungan itu, beliau menggesa mereka yang sudah mencapai umur 21 tahun supaya segera mendaftar sebagai pengundi bagi melayakkan mereka menunaikan tanggungjawab pada pilihan raya yang akan datang, termasuk Pilihan Raya Negeri Ke-12 di Sarawak yang dijangka diadakan pada 2021.

“SPR akan melancarkan kempen besar-besaran untuk merangsang kumpulan sasar supaya mendaftar diri sebagai pengundi.

“Kami akan memperkenalkan kaedah baharu bagi memudahkan pendaftaran dan ia akan kami umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Sementara itu, mengenai program yang dilaksanakan, Azhar berkata, sehingga kini sebanyak 102 program diadakan membabitkan penyertaan 31,355 pelajar universiti awam dan swasta, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kementerian Kesihatan serta Institut Pendidikan Guru yang berumur antara 18 hingga 26 tahun.

“Program ini dilaksanakan oleh Akademi Pilihan Raya sejak 2017 dan ia memberi kefahaman terhadap proses sebenar pilihan raya selain menjawab isu-isu pilihan raya yang mengelirukan rakyat khususnya kalangan belia dan pelajar,” katanya.- BHarian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");