Perak Hari Ini

Utamakan Perbelanjaan Negeri Pada Perkara Lebih Penting- Ahmad Faizal

KAMPUNG GAJAH- Kerajaan negeri jelas ingin memfokuskan perbelanjaan negeri mengikut keutamaaan dan akan mengurangkan bajet untuk perkara yang tidak begitu penting.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata jika negeri Perak sendiri mempunyai ramai rakyat yang memerlukan pembelaan, maka mereka perlu mengurangkan bajet dan mendahulukan perkara jauh lebih penting seperti membela kehidupan rakyat.

Katanya semasa menyampai ucapan, beliau ada menyebutkan tentang nilai bajet yang diperuntukkan buat pasukan bola sepak negeri iaitu sebanyak RM30 Juta dimana melebihi bantuan yang disalurkan terhadap Kad Prihatin Perak.

Namun jelas beliau, tiada tindakan dari pihaknya untuk memotong bajet pasukan bola sepak berkenaan kerana jika nilai sebesar itu yang diperlukan, maka banyak itu juga akan dibelanjakan.

Tambah beliau, kerajaan negeri jelas mengenai nilai yang diberikan kepada rakyat melalui Kad Perak Prihatin yang mana jumlahnya sebanyak RM22 Juta sahaja iaitu satu jumlah yang lebih kecil namun pekara tersebut merupakan satu keutamaan kepada rakyat di negeri ini.

“Justeru itu, kerajaan negeri akan berusaha keras untuk mengimbangi nilai terhadap kedua-dua perkara berkenaan malah pada masa yang sama, Pafa sendiri tidak akan mengamalkan pemberian gaji dan elaun yang begitu tinggi kepada pemain bola kerana bakal membebankan kerajaan dalam menampung perbelanjaan pasukan.

“Tidak semestinya pasukan bola kita yang dijadikan sasaran dan bukanlah Pafa semata mata menjadi fokus tetapi perkara lain juga contohnya pemasangan khemah dalam satu majlis yang begitu luas disamping dekorasi yang hebat, jelas kita perlu berbelanja mengikut kemampuan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media semasa Majlis Kelestarian Warga Felcra Seberang Perak, Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Exco kerajaan negeri, Asmuni Awi dan Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim.

Menurut beliau, kerajaan negeri hari ini telah menyampaikan sumbangan berjumlah RM257,000 kepada 1,031 buah keluarga yang tinggal di Felcra Seberang Perak yang mana setiap keluarga akan menerima sebanyak RM250 bagi dimanfaatkan sebagai persiapan untuk hari raya nanti.

“Kita juga telah menyampaikan sebanyak 800 Kotak Makanan terdiri daripada keperluan asas kepada para peserta.

“Sumbangan yang diberikan ini adalah hasil daripada sumbangan pelbagai pihak seperti badan korporat dimana dipanjangkan oleh kerajaan negeri kepada rakyat,”katanya.

Dalam perkembangan lain katanya, kerajaan negeri juga akan terus komited untuk menyelesaikan beberapa masalah penduduk di kawasan tersebut seperti masalah air padi yang berkurangan.

“Kerajaan negeri akan kembali ke kampung ini bagi mencari jalan penyelesaian air padi dalam masa terdekat dimana menurut penduduk, saliran air ke sawah-sawah telah berkurangan sehingga menyebabkan banyak masalah lain seperti padi angin dan tanaman padi yang tidak baik.

“Cadangan telah diteliti bagi menyelesaikan masalah penanaman padi kepada peserta felcra dan penduduk kampung malahan, kerajaan negeri kira modalnya tidaklah begitu besar tetapi masih boleh masukkan pada perbelanjaan tahun hadapan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");