Berita Hari Ini

Video Dakwa Pam Diesel Tak Keluar Minyak Disiasat KPDNHEP

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka akan menyiasat dakwaan yang tular di media sosial mengenai salah satu nozel bagi bahan api diesel di pam di sebuah stesen minyak di Taman Merdeka, di Melaka, tidak mengeluarkan minyak meskipun bacaan meter meningkat.

Pengarahnya Jaiya Abu berkata pihaknya telah mengarahkan pegawai yang bertanggungjawab untuk menyiasat kesahihan video yang tular itu.

“Kami akan siasat dahulu perkara ini selepas menerima maklumat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Semalam, satu video berdurasi 27 saat yang dimuat naik oleh pengguna akaun Facebook menggunakan nama Vince Leng, menjadi tular selepas pengguna akaun aplikasi media sosial itu mendakwa pam di stesen berkenaan didapati tidak mengeluarkan minyak, sedangkan bacaan pada jumlah jualan serta jumlah liter minyak yang dipaparkan didapati terus meningkat, walaupun pengguna tidak menekan picu pada nozel.

Difahamkan pengguna itu sudah ke kaunter bagi mendapatkan penjelasan daripada pemilik stesen minyak terbabit namun perkara berkenaan belum diselesaikan setakat ini.

Di ruangan komen video terbabit juga didapati terdapat pengguna akaun Facebook lain memberitahu perkara serupa dikatakan turut berlaku di stesen minyak dari syarikat pengeluar sama di stesen minyaki di Bemban, Jasin dekat sini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");