Perak Hari Ini

Video ‘Seks’ Menteri: Biar PDRM Buat Kerja

IPOH: PKR Perak tidak akan meletakkan sebarang jangkaan atau mendakwa pemilik video seks yang tular di laman sosial baru-baru ini dengan mana-mana Menteri.

Naib Presidennya, Tan Kar Hing berkata, kesahihan video yang dimaksudkan itu masih diragui tetapi pihaknya tahu bahawa video berkenaan telah viral dan menjadi bualan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.

Pada awal pagi tadi Haziq Abdullah Abdul Aziz, setiausaha sulit kanan Shamsul Iskandar Md Akin telah membuat pengakuan bahawa beliau terlibat dalam video seks dengan seorang Menteri berkenaan.

Dalam satu video yang dimuatnaik oleh beliau, Haziq membuat pengakuan bersumpah bahawa dia terlibat dalam aksi tersebut dan mendakwa kejadian itu berlaku pada 11 Mei lalu di sebuah bilik hotel di Sandakan, Sabah dan video itu dirakam tanpa kebenarannya

Tegas Kar Hing mengenai video berkenaan, biarlah pihak PDRM membuat siasat jikalau individu tersebut telah membuat pengakuan dan akuan sumpah.

“Dia perlu bertanggungjawab atas tindakan tersebut dan biar PDRM jalankan siasatan dalam kadar yang segera mungkin.

“Laporan polis telah dibuat dan saya jangkakan pihak PDRM, MCMC serta agensi jabatan berkaitan akan menjalankan siasatan dalam kadar segera,” katanya dalam satu temubual di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");